Nur Aurora, permata hati kedua pasangan Farid Kamil-Diana Danielle
Gempak
November 26, 2015 09:38 MYT
November 26, 2015 09:38 MYT
Pelakon Farid Kamil dan isterinya Diana Danielle telah menamakan cahaya mata kedua mereka, Nur Aurora.
Menurut Farid, nama tersebut dipilih sempena kelahiran Aurora yang hampir dengan waktu Subuh.
"Saya dan Dee (Diana) sepakat untuk memberi nama Aurora yang membawa maksud cahaya fajar dan ia sangat istimewa buat kami.
“Ketika melahirkan Aurora, isteri saya tidak mengalami sebarang masalah dan saya akui teknik bersalin dalam air sangat membantu serta memudahkan proses kelahiran,” katanya kepada Astro Gempak, baru-baru ini.
Farid ketika ditemui pada majlis pelancaran rangkaian promosi filem, Langit Cinta bertempat di Menara Kuala Lumpur di sini berkata, buat masa ini dia masih belum mempunyai perancangan untuk membuat akaun Instagram untuk Aurora.
“Buat masa ini saya ingin memberikan fokus kepada Dee yang sedang berpantang dan masih belum fikirkan tentang akaun Instagram untuk Aurora.
“Tetapi dalam masa terdekat ini saya akan mendedahkan wajah Aurora menerusi Instagram kami, Insha-Allah.” ujarnya.
Diana selamat melahirkan bayi perempuan pada 19 November lalu di Hospital Pantai, Bangsar.
Dalam perkembangan lain, Farid bakal muncul dengan filem terbaru arahan Osman Ali berjudul Langit Cinta yang ditayangkan di pawagam pada 7 Januari, 2016.
Selain Farid, filem tersebut turut dibintangi oleh Keith Foo, Nur Fazura, Siti Saleha dan Ammar Alfian.
Teks Oleh: Mya Amri