Novel Cinta Paling Agung laris terjual 8,000 naskah dalam sebulan

Gempak
Ogos 14, 2015 14:00 MYT
Karya naskah yang diterbitkan oleh Penerbitan Karya Seni Sdn. Bhd sudah menemui peminat novel tempatan pada 17 Julai.

Buat pertama kalinya sebuah filem televisyen keluaran Astro First Eksklusif berjudul Cinta Paling Agung telah diadaptasi di dalam bentuk novel.

Karya naskah yang diterbitkan oleh Penerbitan Karya Seni Sdn. Bhd sudah menemui peminat novel tempatan pada 17 Julai lalu bersamaan dengan tarikh tayangan filemnya di Astro First.
Walaupun hampir sebulan karya tersebut berada di pasaran, namun sambutannya agak memberangsangkan dan dijual lebih daripada 8,000 ribu naskhah.
Novel yang diambil berdasarkan filem Cinta Paling Agung itu telah menerima respon positif dan rata-ratanya menyukai jalan penceritaan novel tersebut.
Dengan harga yang berpatutan iaitu RM25 senaskah, novel tersebut boleh didapati di MPH, Popular, Kinokuniya dan kedai buku di seluruh Malaysia.
Jadi dapatkan novel berkenaan di kedai buku berhampiran dan jangan lupa juga untuk saksikan filem Cinta Paling Agung di Astro First Eksklusif (saluran 480).
Sinopsis:
Cinta Paling Agung mengisahkan tentang Khairi (Aaron Aziz) dan Amyza (Siti Saleha) yang telah berkahwin hampir sepuluh tahun dan dikurniakan seorang anak perempuan, Hanna.
Namun perkahwinan mereka tidak bahagia dan semakin hari semakin bermasalah. Khairi kemudiannya jatuh cinta dengan seorang wanita bernama Dewi (Zaskya).
Kerana Dewi, Khairi sanggup membuat keputusan untuk menceraikan isterinya. Amyza yang terkejut dengan keputusan suaminya itu kemudian membuat keputusan untuk bersetuju.
Tetapi dengan syarat setiap pagi Khairi perlu mendukungnya setiap hari selama 30 hari dan Khairi dengan berat hati bersetuju dengan permintaan isterinya.
Sementara itu, hubungan Dewi dan Khairi tidak berjalan dengan lancar seperti yang disangka kerana ibu bapa Dewi kurang bersetuju dengan pilihan anak perempuannya itu.
Keluarga Dewi kemudiannya menasihati Dewi bahawa perbuatan bercinta dengan lelaki yang masih berstatus suami orang adalah perbuatan yang salah.
Dewi tersepit diantara rasa cinta dan bersalah terhadap Khairi serta ibu bapanya.
Adakah Dewi akan meneruskan hubungannya dengan Khairi sehingga ke jinjang pelamin?
Bagaimana pula dengan Amyza, adakah Khairi akan menceraikannya ataupun tidak?

#Astro First #Cinta Paling Agung
;