Noryn, Misha & Sarah cari peminat bertuah untuk menang tiket ke konsert Soul Sisters

Afiq Ariffin
Februari 8, 2019 11:18 MYT
Peminat bertuah akan diberi peluang untuk menyaksikan konsert preview khas secara live serta berpeluang beramah mesra dengan ketiga-tiga penyanyi tersebut dengan menyertai cabaran #SoulsistersConcertChallenge.
TIGA penyanyi tersohor, Noryn Aziz, Misha Omar dan Siti Sarah mencari peminat bertuah yang akan diberi peluang untuk menyaksikan konsert preview eksklusif mereka!
Peminat-peminat bertuah itu akan diberi peluang untuk menyaksikan konsert preview khas secara live serta berpeluang beramah mesra dengan ketiga-tiga penyanyi tersebut dengan menyertai cabaran #SoulsistersConcertChallenge.
Apa yang anda perlu lakukan ialah mengambil gambar bersama rakan-rakan sambil membuat gaya seperti trio Soul Sisters dan memuatnaik gambar tersebut dengan hashtag #SoulSistersConcertChallenge.
Pemenang bertuah akan dipilih oleh Noryn, Misha dan juga Siti Sarah sendiri!
Maklumat lanjut boleh didapati di akaun instagram rasmi konsert tersebut iaitu @soulsistersconcert
Konsert tersebut merupakan produksi pertama Edd Razhe Entertainment (ERE) dan konsert yang berlangsung selama dua malam itu bakal dipentaskan pada 5 dan 6 April 2019.
Tiket boleh didapati melalui www.airasiaredtix.com pada harga RM755 (Meet & Greet), RM555 (Diamond) , RM355 (Platinum) , RM255 (Gold) dan RM155 (Silver).
#Instagram #konsert #Misha Omar #Noryn Aziz #Siti Sarah #Soul Sisters #SoulsistersConcertChallenge