Noryn Aziz selamat diijabkabul

Astro Awani
Oktober 13, 2020 07:27 MYT
Noryn Aziz disatukan dengan Shaik Rizal Shaik Sulaiman sebagai suami isteri dalam majlis tertutup yang diadakan Selasa malam. - Gambar SHAIK RIZAL SHAIK SULAIMAN
KUALA LUMPUR: Penyanyi terkenal, Noryn Aziz selamat diijabkabul dengan Shaik Rizal Shaik Sulaiman dalam satu majlis tertutup yang diadakan di Damansara, di sini malam tadi.
Juara program Gegar Vaganza musim kelima terbitan Astro itu menikahi usahawan berkenaan dalam suasana norma baharu dan memenuhi prosedur operasi standard (SOP).
Astro AWANI difahamkan pasangan berkenaan memilih bernikah lebih awal berbanding perancangan awal pada 25 Oktober ini ekoran pihak kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi negeri-negeri di Wilayah Persekutan Kuala Lumpur dan Putrajaya serta Selangor.
Pasangan berkenaan juga pada awalnya merancang untuk mengadakan majlis resepsi di sebuah hotel terkemuka pada 1 November ini.
Bagaimanapun, rancangan itu terpaksa ditunda pada tarikh baharu sebaik selesai PKPB.
#Noryn Aziz #nikah #Shaik Rizal Shaik Sulaiman #juara Gegar Vaganza
;