Norman KRU kongsi pengalaman menerusi seminar
Astro Awani
Mac 18, 2013 17:12 MYT
Mac 18, 2013 17:12 MYT
Terlibat dalam dunia perniagaan seawal usia 20-an, Norman Abdul Halim sedia berkongsi pengalamannya menerusi KRU Masterskill hasil kerjasama bersama jutawan internet Irfan Khairi.
Ketua Pegawai Eksekutif KRU Studios ini menjelaskan, dia hanya menggunakan modal sebanyak RM2000 semasa memulakan perniagaan pada 20 tahun yang lalu.
“Seminar dan kelas yang diadakan ini adalah bertujuan untuk menjana ekonomi negara dengan memberikan saluran dan kaedah yang sesuai untuk memasarkan perniagan setiap peserta” kata Norman.
Tambahnya, idea untuk mewujudkan seminar dan perkongsian pengalaman tercetus sejak tahun lalu dan impian ini menjadi kenyataan apabila ianya disokong pelbagai pihak.
Seminar selama sehari ini bakal diadakan di KRU Akademi Cyberjaya pada 13 April dengan bayaran yuran RM290 seorang.
Selain Norman dan Irfan, seminar ini turut dikendalikan Yusri Abdul Halim.
Ini merupakan seminar kedua susulan kejayaan seminar pertama pada 9 Mac lalu.