Norman jawab isu cetak rompak lagu baharu Wings menerusi YouTube
Gempak
Mei 23, 2014 21:38 MYT
Mei 23, 2014 21:38 MYT
Sebaik pulang dari Cannes, Perancis Pengarah Urusan KRU Music, Norman Abdul Halim telah memberi kenyataan menerusi laman YouTube berkaitan isu cetak rompak yang melibatkan empat buah lagu baru kumpulan Rock Lagenda, Wings.
Norman dalam kenyataannya menyatakan rasa simpati terhadap perkara yang berlaku kerana Wings sudah lama menanti kehadiran album baru mereka.
Terdahulu Kumpulan Wings telah membuat laporan polis selepas mendapati empat buah lagu baru mereka telah dimuatkan dalam sebuah album kompilasi cetak rompak.
Tiga daripada empat lagu yang telah menjadi mangsa cetak rompak ialah 'Peti Pandora Mu', 'Ingatkan Dia' dan Bisa Yang Tertunda yang terdapat dalam album terbaru Wings ‘Menakluk Kosmo’ dan sebuah lagu lagi merupakan lagu runut bunyi untuk sebuah filem terbaru terbitan KRU yang sepatutnya menjadi simpanan pihak produksi berjudul ‘Hey Lihat Di Sini’ turut ‘bocor’ disebabkan perbuatan individu tidak bertanggungjawab.
Untuk mendengar penjelasan daripada Norman, lihat video di bawah: