Norma 'body shaming' satu perkara bahaya - Adibah Noor

Asyraf Roslan
November 10, 2018 07:00 MYT
Adibah Noor dan Cheryl Ann Fernando bersama dengan Mat Lutfi membincangkan isu 'body shaming' dan pendidikan. - Astro AWANI
Budaya memperkecilkan seseorang berdasarkan rupa fizikal atau body shaming ini merupakan satu isu yang sangat hangat diperkatakan masa kini.
Mereka yang mengejek fizikal dan perkara-perkara sensitif seumpamanya dilihat sudah menjadi satu kebiasaan atau norma dalam kehidupan terutamanya dalam kalangan kanak-kanak yang masih di bangku sekolah.
Penyanyi dan pelakon, Adibah Noor menegaskan bahawa itu merupakan satu perkara yang sangat bahaya.
“Ia amat bahaya apabila sudah menjadi norma. Kita sepatutnya memberi tentangan hebat kepada mereka yang melakukan perkara ini,” katanya ketika hadir sebagai tetamu undangan dalam rancangan MatLuthfi@astroawani.com pada Sabtu malam.
Tambah beliau, sesetengah masyarakat merasakan ia perkara biasa apabila tiada yang menentang, seterusnya ia dijadikan bahan lawak untuk membuatkan orang tertawa.
Oleh itu, masyarakat yang menjadi mangsa tidak harus turut menganggapnya sebagai satu gurauan biasa dan turut sama tergelak tetapi seharusnya menentang agar tidak menjadi satu kebiasaan kepada mereka untuk melakukan body shaming.
BACA: Adibah Noor menentang 'body shaming'!
Tambah beliau, sesetengah masyarakat merasakan ia perkara biasa apabila tiada yang menentang, seterusnya ia dijadikan bahan lawak untuk membuatkan orang tertawa.
Oleh itu, masyarakat yang menjadi mangsa tidak harus turut menganggapnya sebagai satu gurauan biasa dan turut sama tergelak tetapi seharusnya menentang agar tidak menjadi satu kebiasaan kepada mereka untuk melakukan body shaming.
#Adibah Noor #bahan lawak #bahaya #body shaming #gurau #Kanak-kanak #Matluthfi #norma #tentang
;