Nora 'throwback' video sanding sempena ulang tahun perkahwinan

Hakim Rahman
Mac 30, 2018 03:58 MYT
Nora dan Nedim melansungkan perkahwinan mereka tanggal 30 Mac 2017. - Foto fail
Pelakon Nora Danish terus menyuburkan hubungan cinta dengan suami Nedim Nazri sempena sambutan ulang tahun perkawinan pertama mereka.
Nora memuat naik beberapa klip video semasa majlis pernikahan mereka yang berlangsung di GlassHouse tahun lalu dengan kapsyen-kapsyen yang mengambarkan mereka kini hidup bahagia.
"Menemui seseorang yang menyayangi kamu tanpa sebab dan untuk memanjakan individu itu dengan pelbagai sebab adalah kebahagian terunggul.
“Ada satu kebahagian dalam hidup ini, untuk mencintai dan dicintai,” kata Nora dalam kapsyen video-video tersebut.
Pasangan itu disatukan pada tanggal 30 Mac tahun lalu dan baharu sahaja menimang cahaya mata pertama Februari lalu.
Ia merupakan perkahwinan kedua buat Nora dan Nedim selain masing-masing mempunyai seorang anak hasil perkongsian hidup dengan pasangan sebelum ini.
#isu semasa #Nedim Nazri #Nora Danish #perkahwinan #ulang tahun