Nora Danish tayang 'baby bump'

Gempak
Oktober 11, 2017 15:16 MYT
Nora yang kini hamil 16 minggu berkongsi foto tersebut menerusi akaun Instagramnya semalam.
PEMINAT berkongsi rasa teruja apabila pelakon Nora Danish memuat naik foto ‘baby bump’nya yang sudah mula kelihatan.
Nora yang kini hamil 16 minggu berkongsi foto tersebut menerusi akaun Instagramnya semalam.
Foto pertama hanya merakamkan bahagian perutnya manakala foto kedua bersama rakan-rakannya.
“#16weekspregnant and 5 months to go,” tulisnya ringkas.
Menerusi ruangan komen, peminat sudah mula meneka jantina bayi di dalam kandungan aktres itu.
#baby bump #bayi #jantina bayi #Nora Danish
;