Nora Danish nafi masalah kewangan jadi punca cerai

Gempak
Jun 20, 2024 13:45 MYT
Nora dan Nedim sah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur pada pukul 8.40 malam, Rabu. - Foto gempak
"SAYA sangkal dakwaan masalah kewangan menjadi punca perpisahan.”
itulah jawapan yang diberikan oleh pelakon Nora Danish mengenai perceraiannya dengan bekas suami, Nedim Nazri.
BACA: Tujuh tahun bersama, Nora Danish sah bercerai dengan Nedim Nazri
Enggan Ulas Lebih Lanjut
Bagaimanapun, pelakon berusia 42 tahun ini memilih untuk tidak mengulas lebih lanjut mengenai punca perpisahan mereka kerana mementingkan keharmonian.
Nora memberitahu dia dan bekas suami sudah mencuba sedaya upaya untuk menyelamatkan rumah tangga mereka yang dibina sejak tujuh tahun lalu.
"Kami sudah duduk berasingan sejak enam bulan lalu dan cuba selamatkan rumah tangga dibina tujuh tahun lalu, tapi tak berhasil," katanya menerusi video temu bual yang dikongsikan di Instagram ABPBH.
Dalam pada itu, Nora turut berkata anak-anak mereka juga sudah mengetahui mengenai perceraian mereka malah, sempat dilihat menyambut Hari Bapa bersama baru-baru ini.
Anak-Anak Sedia Maklum
"Kami hanya merancang, namun Allah menentukan segala-galanya. Anak-anaknya juga sedia maklum mengenai perpisahan, tetapi hubungan bersama anak tiri tetap baik,” ujarnya.
Sementara itu, Nora menganggap pengalaman sebelum ini sudah mematangkan selain reda dengan takdir yang sudah tertulis untuk mereka.
Pengalaman Mematangkan
"Kami memang baik, setiap manusia lalui ujian berbeza-beza. Tapi untuk capai tahap keredaan dan datang bersama ke mahkamah pada hari ini bukanlah mudah.
"Bagaimanapun, pengalaman sebelum ini mematangkan kami," katanya lagi.
Nora dan Nedim sah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur pada pukul 8.40 malam, Rabu.
Untuk rekod, Nora mendirikan rumah tangga dengan Nedim pada 30 Mac 2017 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Mohamed Neqayl berusia enam tahun.
Sebelum ini, Nora pernah berkahwin dengan Datuk Rizal Ashram Ramli atau Jejai pada 20 Jun 2006 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Putra Rayqal, 15, sebelum bercerai pada 2008.
Sementara itu, Nedim pula pernah mendirikan rumah tangga dengan Nabilah Khan pada 2011 dan bercerai dua tahun kemudian. Menerusi perkahwinan itu, mereka dikurniakan cahaya mata, Mohamed Nedrin, 12.
*Artikel disiarkan di Gempak
#Nora Danish #Nedim Nazri #perceraian #masalah kewangan
;