Nora Danish botakkan kepala?
Gempak
September 30, 2018 12:10 MYT
September 30, 2018 12:10 MYT
PELAKON Nora Danish mengejutkan pengikut Instagramnya apabila memuat naik sekeping foto berkepala botak.
Namun, jangan salah sangka! Sebenarnya Nora sedang menjalani penggambaran sebuah drama berjudul 'Hingga Jumpa Lagi'.
Naskhah yang menggandingkan Nora dengan Kamal Adli itu menampilkan dimensi berbeza Nora yang belum pernah dilihat oleh peminatnya sebelum ini.
"Saya Eva, saya ada cancer rahim stage 4.
"Saya redha dan saya beruntung mempunyai suami yang sangat penyayang....
"Tapi, saya tak nak dia terus begini, saya tak nak menyusahkan dia.
"Kalau boleh, saya nak 'turn back time', biar dia tak jumpa dengan saya. Biar dia kahwin dengan orang lain... Saya tak nak dia terseksa," tulisnya di entri terbabit.
Namun, perkara yang mengejutkan apabila imej dan kesan solekan khas itu telah menyentuh hati pesakit kanser yang berdepan situasi sebenar seperti watak Nora dalam drama terbabit.
"I baru je habiskan kemoterapi sebab kanser rahim final stage... Inspired me. Love Kak Nora," tulis seorang pengguna yang dikenali sebagai @tengku__nora.
Perkongsian pesakit kanser itu meraih simpati pengguna lain dan Nora sendiri sekali gus mendoakan kesihatan wanita terbabit.