Noor Neelofa bakal diijab kabul pagi ini
Asyraf Roslan
Mac 27, 2021 10:09 MYT
Mac 27, 2021 10:09 MYT
KUALA LUMPUR: Pengacara dan usahawan, Noor Neelofa Mohd Noor bakal menamatkan zaman bujangnya bersama pasangan pilihan hatinya, Muhammad Haris Mohd Ismail atau dikenali sebagai PU Riz.
Bekas pengacara MeleTOP tersebut dijangka akan diijab kabul pada jam 10.30 pagi ini.
Majlis pernikahan diadakan secara tertutup disebuah hotel terkemuka di ibu kota.
Majlis ini hanya dihadiri ahli keluarga dan rakan terdekat kedua-dua belah pihak.