Noor Nabila bergelar isteri Engku Emran

Astro Awani
Mac 19, 2021 10:47 MYT
Engku Emran menyarungkan cincin ke jari isterinya, Noor Nabila pada majlis akad nikah pada Jumaat. - Gambar Instagram NEELOFA
KUALA LUMPUR: Bekas isteri pelakon Sharnaaz Ahmad, Noor Nabila Mohd Noor selamat menikahi Engku Emran Engku Zainal Abidin sebentar tadi.
Noor Nabila yang juga kakak kepada usahawan Neelofa selain Pengarah Urusan NH Prima International Sdn Bhd, melangsungkan pernikahan dalam majlis tertutup di sebuah masjid di sini tanpa sebarang hebahan kepada media dan masyarakat.
Dalam majlis itu, Engku Emran turut menyerahkan sebentuk cincin kepada Noor Nabila sebagai mas kahwin,
Neelofa dalam hantaran di Insta Story memuat naik video pendek Engku Emran melafazkan akad nikah.
Engku Emran sebelum ini pernah dua kali bernikah, namun kedua-duanya gagal di pertengahan jalan.
Perkahwinan pertama Engku Emran, 46, ialah dengan artis terkenal, Erra Fazira dan dikurniakan seorang cahaya mata, Engku Aleesya.
Noor Nabila sah bergelar isteri Engku Emran
Sementara pernikahan keduanya ialah dengan pelakon dari Indonesia, Laudya Cynthia Bella yang hanya bertahan dua tahun.
Nabila pula pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon terkenal Sharnaaz Ahmad.
Perkahwinan mereka juga tidak bertahan lama. Nabila dan Sharnaaz dikurniakan cahaya mata lelaki, Jebat Jayden.
#Noor Nabila #Engku Emran #Neelofa #kakak Neelofa #Erra Fazira #Engku Aleesya #Jebat Jayden' #anak #pernikahan
;