"No Way!" - Ramai makan hati bila Yuna jumpa Cardi B dan Jennie BLACKPINK

Gempak
Oktober 2, 2019 12:00 MYT
Pada acara tersebut selain Cardi B, Yuna turut bertemu penyanyi rap daripada kumpulan BLACKPINK, Jennie.
PENYANYI dan model antarabangsa, Yuna telah berkongsi momen berharga bertemu rapper popular Amerika Syarikat, Cardi B di laman sosial Instagram (IG)nya.
Pertemuan tersebut berlaku ketika Yuna menghadiri acara Pertunjukan Fesyen Chanel ketika Minggu Fesyen Paris yang berlangsung di Le Grand Palais.
Menerusi foto yang dimuat naik Yuna pagi tadi, rata-rata pengikutnya di IG meluahkan rasa cemburu dengan peluang diperolehi penyanyi ‘Terukir Di Bintang’ itu.
Sebelum itu, dua hari lalu Yuna turut memuat naik sepotong video ucapan terima kasih kepada pihak Chanel kerana mengundangnya ke acara pertunjukan fesyen Chanel’s Spring Summer 2020.
Pada acara tersebut selain Cardi B, Yuna turut bertemu penyanyi rap daripada kumpulan BLACKPINK, Jennie.
September lalu, Yuna mengumumkan dirinya dilamar agensi model terkenal dunia, Wilhelmina Models.
Wilhelmina Models adalah agensi khidmat peragaan dan pengurusan bakat yang beribu pejabat di New York, Amerika Syarikat. Syarikat itu juga mempunyai cawangan di Los Angeles, Chicago, Miami dan London.
Antara selebriti popular lain yang turut bernaung di bawah Wilhelmina Models ialah Nicki Minaj, Shawn Mendes dan penerbit muzik, Kygo.
Manakala nama besar dalam peragaan yang dinaungi agensi berkenaan termasuklah Janice Dickinson, Robyn Lawley, Anjelica Huston, Rachel Trachtenburg dan Kendall Jenner.
#Amerika Syarikat #Cardi B #Instagram #laman sosial #Paris #Yuna
;