'No free hair, no make up..' - Ditegur mengenai cara berpantang, ini respon Sarimah Ibrahim!
Gempak
Ogos 1, 2019 13:31 MYT
Ogos 1, 2019 13:31 MYT
PENGACARA dan pelakon Che Puan Sarimah Ibrahim telah berkongsi sekeping swafoto selepas bersalin anak pertama, Tunku Sofia Najihah pada 19 Julai lalu.
Menerusi kapsyen yang ditulis, Sarimah menyatakan dia sedang beransur pulih namun berasa gembira dalam masa yang sama.
Sarimah turut berkongsi dirinya sudah berjaya menurunkan berat badan sebanyak tujuh kilogram (kg) dalam tempoh 11 hari semasa berpantang.
Walau bagaimanapun, foto tersebut telah menarik perhatian seorang netizen.
"Dalam pantang no free hair and no make up. Those days during my time is different. Now so much different. Well hard to say apa-apa pun up to individual," tulisnya.
Sarimah tidak berdiam diri lalu membalas.
"Its ok. I'm half Malay half Irish. So I follow two types of pantang. Thank you," tulis Sarimah.
Sarimah melangsungkan perkahwinan dengan cucu Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-10, Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar atau Tunku Jamie pada 2 April 2015.
#bersalin anak pertama
#Irish
#Melayu
#Negeri Sembilan
#netizen
#pantang
#pelakon
#Pengacara
#Sarimah Ibrahim
#turun berat badan
#Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan