Nikki Palikat dimasukkan ke hospital
Gempak
Januari 12, 2022 18:39 MYT
Januari 12, 2022 18:39 MYT
BINTANG GegarVaganza (GV) 8, Nikki Palikat dimasukkan ke Hospital Pantai, Kuala Lumpur pada pagi Rabu.
Nikki ketika dihubungi Gempak berkata, dia terpaksa ditahan di wad atas nasihat doktor kerana badan terlalu lemah.
“Sebenarnya sejak semalam lagi saya sudah berasa tidak sedap badan dan hari ini saya pergi ke hospital untuk menjalani pemeriksaan.
“Selepas itu, doktor nasihatkan saya untuk tinggal di wad sehingga badan betul-betul pulih dan sihat.
“Puncanya, badan saya terlalu lemah kerana kurang rehat. Buat masa ini doktor hanya memasukkan air dan antibiotik,” katanya.
Ditanya mengenai sesi latihan GV esok, Nikki berkata dia sudah memaklumkan keadaannya kepada penerbit dan pihak produksi.
“Saya sudah maklumkan kepada penerbit dan mereka memberi kelonggaran kepada saya untuk menjalani sesi latihan.
“Saya harap saya tidak lama di hospital dan dapat teruskan perjuangan di pentas GV8 pada Ahad ini.
“Terima kasih kepada pihak produksi dan penerbit GV8 kerana memahami keadaan saya,” katanya.