'Niat bukan untuk aibkan suami dia tapi ...' - Netizen pertahan tindakan Bella terhadap Aliff
Gempak
Februari 28, 2019 14:00 MYT
Februari 28, 2019 14:00 MYT
ISTERI kepada Aliff Aziz, Bella Astillah berkongsi semula (repost) kenyataan yang ditulis oleh seorang individu mengenai dirinya di ruangan InstaStory di Instagram.
Individu terbabit mempertahankan tindakan Bella berkaitan kontroversi terbaru yang melanda rumah tangganya sejak semalam.
"Niat Bella bukan nak aibkan suami dia tapi luahan hak sebagai isteri untuk bersuara, dalam kitab pun ada tertulis, isteri durhaka kepada suami tapi jika suami tidak tunaikan tanggungjawab sebagai seorang suami itu dipanggil durhaka kepadaa Allah.
"Allah tak suka orang yang membuka aib kecuali bagi menegakkan kebenaran.
"Bella hanya balas balik supaya orang tahu kebenaran sebenar kedua belah pihak, menjadi public figure bukan mudah, sabar ya Bella, may Allah protect you and family," tulis netizen tersebut.
Kontroversi rumah tangga pasangan ini sekali lagi tercetus apabila Bella mendakwa Aliff berhubungan dengan pelakon Oktavia Manrose dan telah ke kelab malam bersama.
Terdahulu, rumah tangga mereka terpalit dengan kontroversi apabila Aliff dikatakan menjalinkan hubungan bersama pelakon Afifah Nasir pada tahun 2017.
Namun, selepas kejadian itu, Bella memaafkan Aliff dan memberinya peluang kedua.
#Afifah Nasir
#Aliff Aziz
#Bella Astillah
#Instagram
#isteri
#karier
#keluarga
#selebriti
#suami
#tohmahan