Nia Ramadhani, suami ucap salam lebaran, ada hikmah selepas ditangkap isu dadah
Gempak
Mei 2, 2022 07:30 MYT
Mei 2, 2022 07:30 MYT
PASANGAN Nia Ramadhani dan suaminya, Ardi Bakrie yang baru keluar dari pusat pemulihan dadah kini sedang menghirup kebebasan mereka dengan bercuti di Amerika Syarikat.
Begitu teruja kerana kini kembali bebas seperti masyarakat biasa, Nia berikrar untuk menjadi manusia yang lebih baik pada masa akan datang.
Menerusi kemas kini di Instagramnya juga, selain berterima kasih kepada semua pihak yang mendukung dan mendoakan mereka, pelakon tersebut mengatakan setiap sesuatu yang terjadi dalam kehidupannya adalah atas izin Allah.
“Apapun yang terjadi dalam hidup kita, semua atas seizin Allah.
"Alhamdulillah, hikmah dari kejadian yang saya dan suami alami sudah kami temukan dan rasakan," tulis Nia Ramadhani.
Tidak hanya Nia, Ardi juga tidak terlepas mengucapkan syukur selepas dapat kembali bersama ke pangkuan keluarga.
“Terima kasih untuk support dan doanya yang kami terima yang tidak pernah putus kami rasakan buat semua baik yang selalu berada di sekeliling kami, mahu pun yang terus mendoakan dari jauh.
"Semoga secepatnya bisa berkumpul kembali,” tulis Ardi lapor Kompas.
Dia, Nia serta tiga anak mereka yang ‘ditinggal’ sejak Julai 2021 lalu kerana ditangkap kini menghabiskan masa bersama di Disneyland.
Terakhirnya, Ardi juga sempat menyampaikan salam Lebaran buat pengikut di Instagramnya.
"Dalam bulan yang penuh berkah ini, saya juga sekali gus mahu mengucapkan selamat hari raya Aidil Fitri mohon maaf lahir batin," tulisnya.
Untuk rekod, Nia Ramadhani dan Ardi Bakrie ditangkap terkait penyalahgunaan dadah di kawasan Pondok Pinang, Kebayoran Lama, Jakarta Selatan, pada Julai 2021.
*Artikel asal di Gempak