'Ni bukan comel tau, ni cantik' - komen netizen selepas Black dedah wajah anak kedua

Gempak
Disember 11, 2018 08:04 MYT
Sebelum Rindu Dayyana (kanan), Black dan Cira yang mendirikan rumah tangga pada 13 September 2013 telah mempunyai seorang anak lelaki, Khaleef Dayyan. Foto Instagram @black.hanifah
BUAT pertama kalinya penyanyi, Black Hanifah mendedahkan wajah anak perempuannya, Rindu Dayyana yang dilahirkan pada 25 Oktober lalu.
Black menerusi akaun Instagramnya memuat naik foto yang merakamkan bayi comel itu sedang tidur.
“Namanya - Rindu Dayyana Binti Hanifah,” tulisnya ringkas.
Dalam pada itu, menerusi ruangan komen rata-rata netizen memuji kecomelan anak keduanya itu.
“Cantik macam mak dia aih,”- tulis @ezaharip
“Cantiknya baby, dagu lanjut. Cantik,” komen @cikanisdebab
“Ni bukan comel tau, ni cantik. Ya Allah,” coret @zaty_faziraelly
Terdahulu, Black dan Cira telah mendirikan rumah tangga pada 13 September 2013 dan dikurniakan cahaya maya lelaki, Khaleef Dayyan yang kini berusia tiga tahun.
#anak #bayi #Black Hanifah #Instagram
;