"New mask, same task", Robert Downey Jr kembali ke MCU sebagai Dr. Doom

Asyraf Roslan
Julai 28, 2024 04:00 MYT
Penonton di San Diego Comic-Con 2024 bersorak gembira apabila Robert Downey Jr diumumkan akan memainkan watak Dr. Doom dalam filem Avengers: Doomsday yang diarahkan oleh Joe dan Anthony Russo. - Instagram/ Marvel
IRON MAN yang dahulu bukanlah yang sekarang.
Jika dahulu pelakon, Robert Downey Jr memainkan peranan sebagai Iron Man dalam Marvel Cinematic Universe (MCU), kini dia kembali dengan memainkan peranan yang berbeza iaitu sebagai Dr. Doom dalam filem Avengers: Doomsday.
Berita gembira itu disampaikan sendiri oleh Presiden MCU, Kevin Feige menerusi San Diego Comic-Con 2024 pada Ahad.
Bukan sahaja Robert Downey Jr kembali ke MCU, Kevin Feige juga mengesahkan bahawa Russo Brothers, Joe dan Anthony Russo, turut kembali ke MCU dan akan mengarahkan filem Avengers: Doomsday yang dijadualkan tayangan pada Mei 2026.
Robert Downey Jr dan Russo Brothers pernah bekerjasama dalam Captain America: Civil War (2016), Avengers: Infinity War (2018), dan Avengers: Endgame (2019).
Sebelum ini Robert Downey Jr mengumumkan persaraannya selepas 10 tahun bersama MCU.
Robert memainkan watak Iron Man buat kali terakhir di dalam filem Avengers: Endgame yang ditayangkan pada tahun 2019.
#Iron Man #Dr Doom #Robert Downey Jr #Marvel Cinematic Universe