Netizen umpamakan fesyen dengan kek lapis, tapi ini jawapan 'cool' Yuna
Siti Hajar Jamaludin
April 16, 2019 11:47 MYT
April 16, 2019 11:47 MYT
WALAUPUN cara pemakaian disamakan dengan Kek Lapis Sarawak, Yuna tidak melatah malah memberikan reaksi yang positif buat peminatnya.
Baru-baru ini tular tindakan seorang peminat membuat satu kolaborasi warna pemakaian Yuna menyerupai kek lapis.
Bebenang tweet oleh Abdul Hafiz Ismail di laman Twitter menarik perhatian netizen apabila mendapat ulang kicau lebih 9,000 kali dan lebih 8,000 likes.
Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Mat Zara'ai sangat tekenal dengan penampilan beliau yang unik dan kreatif sehingga menjadi bualan ramai.
Yuna dilihat tidak melatah sebaliknya membalas tweet peminat dengan berterima kasih kerana telah memberi idea untuk karya beliau seterusnya.
“Awak telah beri saya idea untuk visual terbaharu, sekarang saya sangat teringin nak makan kek lapis,” tulisnya.
Selain itu, Yuna turut berkongsi kesedihan kerana tidak lama lagi beliau akan sekali lagi merantau meninggalkan Malaysia demi kerjaya seninya dan tidak dapat merasai pelbagai makanan tempatan di negara ini.
“Saya akan meninggalkan Malaysia tidak lama lagi, memang sedih tapi selagi ada masa, saya mahu makan makanan tempatan,” katanya Yuna.
Entrinya di laman Twitter itu mendapat lebih 19,000 ulang kicau dan lebih 26,000 likes daripada para peminatnya.
Yuna juga baru sahaja mengeluarkan single terbaharunya yang bertajuk Forevermore pada 5 April 2019.