Netizen ucap tahniah kepada Izara Aishah, Adib Khalid sempena pernikahan
Syafique Shuib
November 17, 2017 10:32 MYT
November 17, 2017 10:32 MYT
PEMINAT pelakon Izara Aishah dan Adib Khalid mengucapkan tahniah di media sosial menjelang pernikahan mereka yang akan berlangsung pada hari ini.
Adib Khalid merupakan anak kepada usahawan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa dan juga anak tiri kepada penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Pasangan terkenal ini mengikat tali pertunangan pada 17 Julai lalu dan majlis pernikahan akan diadakan hari ini.
Sebuah majlis resepsi akan diadakan di sebuah hotel Ahad ini di Kuala Lumpur.
Majlis malam berinai berlangsung pada Khamis, dan ternyata penampilan Izara Aishah mendapat pujian ramai.