Netizen teruja dengan suara Waze Altimet, 'amboi,amboi,amboi'!
Kohilah Sekaran
Jun 20, 2017 22:14 MYT
Jun 20, 2017 22:14 MYT
PENGENDALI aplikasi pemanduan popular, Waze dan Liberty Insurance Malaysia semalam memperkenalkan Altimet, penyanyi rap popular Malaysia sebagai suara navigasi terbaharu mereka.
Tidak seperti penawaran artis lain yang hanya terhad kepada penggunaan satu bahasa, suara Altimet ini bercirikan dwibahasa.
Lebih menarik, perkataan popular dari lagu-lagu Altimet juga akan disertakan sekali dalam navigasi seperti ‘amboi, amboi, amboi’
Susulan itu, media sosial dibanjiri dengan pelbagai reaksi.
Netizen nampaknya teruja dengan kolaborasi itu, terutamanya dengan penggunaan kata ‘amboi,amboi,amboi’.
Ada yang mengatakan bahawa suara Altimet sungguh menghiburkan.