Netizen tegur MV Raya Datuk Vida, didakwa ada unsur 'drag queen'
Gempak
Mei 1, 2022 09:45 MYT
Mei 1, 2022 09:45 MYT
SELEPAS Datuk Aliff Syukri, kini usahawan kosmetik popular, Datuk Seri Vida pula mengundang kemarahan netizen.
Ini kerana muzik video lagu raya terbaharu Vida berjudul "Muah Muah Raya" didakwa tidak menghormati hari raya kerana menampilkan beberapa orang ‘drag queen’ sebagai penari.
Netizen juga mempersoalkan pemilihan konsep ‘drag queen’ dan juga pengertian raya sebenar bagi Vida.
Malah netizen juga turut meluahkan kekecewaan kerana dengan adanya muzik video sebegini telah mencemarkan dan membawa tanggapan yang salah tentang maksud hari raya atau hari kemenangan umat Islam selepas sebulan berpuasa.
Tidak cukup dengan itu, netizen juga mendakwa sikap Vida sangat tidak matang dan tidak bersesuaian dengan umurnya yang sudah lanjut.
Terdahulu, Aliff juga telah mencetuskan kontroversi apabila muncul dengan muzik video raya berjudul "Kelepok Raya" yang menampilkan lelaki lembut.
Muzik video itu juga mencetuskan kontroversi sehingga Aliff dipanggil oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) berhubung perkara itu.
Kini netizen juga tertanya-tanya adakah Vida juga akan dipanggil SKMM?
*Artikel asal di Gempak