Netizen sebak Norman Hakim sambut kepulangan anak berbaju Melayu, bawa juadah raya
Gempak
Julai 12, 2018 12:33 MYT
Julai 12, 2018 12:33 MYT
KEPULANGAN anak sulung Norman Hakim iaitu Mohamed Danish Hakim ke tanah air dari Turki amat dinanti-nantikan oleh aktor itu serta seluruh keluarganya.
Sepotong video Norman yang menyambut kepulangan anaknya itu di KLIA semalam telah membuat ramai netizen sebak dan mengalirkan air mata.
Video yang dimuat naik ke akaun Instagram (IG) peribadinya itu menunjukkan Norman segak berbaju Melayu bersama bekas isteri Abby Abadi dan anak perempuan mereka Damia yang masing-masing sedondon berbaju raya rona hitam.
Norman terus mengalirkan air mata sebaik sahaja mendakap anak lelaki itu yang sudah lima bulan berada di Turki bagi menyambung pengajian hafazan.
Lebih sayu, apabila Norman menyuapkan sendiri lemang dan rendang yang dibawanya ke lapangan terbang tersebut.
Menurut Norman tujuan dia berbaju Melayu serta membawa juadah raya ke lapangan terbang itu adalah untuk memberi ‘mood’ raya kepada anaknya yang tidak dapat bersamanya ketika awal Aidilfitri lalu.
Rata-rata netizen melahirkan rasa sebak selepas menonton video tersebut.
#Abby Abadi
#Aidilfitri
#anak
#baju melayu
#baju raya
#hafazan
#Instagram
#KLIA
#Mohamed Danish
#Norman Hakim
#tahfiz
#Turki
#video