Netizen sangka Noor Nabila dah nikah, ini respons tuan badan

Gempak
Mac 7, 2024 12:48 MYT
NOOR NABILA: Fokus saya sekarang hanya untuk Jayden yang sedang membesar dan bakal melangkah ke alam persekolahan tak lama lagi. -Gempak
GARA-GARA memuat naik foto memperlihatkan dirinya mengenakan busana ala pernikahan di laman sosial, ramai netizen membuat spekulasi mengatakan usahawan Noor Nabila kembali mendirikan rumah tangga.
Bagaimanapun, Nabila menegaskan dia masih belum bertemu dengan pasangan hidup dan lebih bahagia menjalani kehidupannya kini bersama anaknya, Jebat Jayden.
“Saya belum temui pengganti baharu dan bahagia dengan kehidupan sekarang. Masih terlalu awal untuk bercinta dan memiliki pasangan hidup semula. Itu bukan keutamaan saya lagi.
“Fokus saya sekarang hanya untuk Jayden yang sedang membesar dan bakal melangkah ke alam persekolahan tak lama lagi,” kata Nabila.
Nabila turut menjelaskan foto yang dimuat naik itu merupakan rakaman sewaktu dia menjalani penggambaran musim baharu program Next To Neelofa.
Kakak kepada selebriti terkenal Neelofa ini turut memberitahu dia akan berkongsi sekiranya ada berita gembira dan memohon agar semua orang mendoakan yang baik-baik buatnya.
“Kalian sudah salah faham. Saya belum bernikah lagi. Kalau saya sudah jumpa jodoh baharu saya akan kongsikan. Doakan yang baik-baik untuk saya okey,” ujarnya.
Terdahulu, Nabila berkongsi gambar di Instagram dengan kapsyen tanda hati sekali gus ramai beranggapan bekas isteri kepada selebriti Sharnaaz Ahmad itu kembali mendirikan rumah tangga.
Untuk rekod Nabila sebelum ini pernah bernikah dengan Sharnaaz Ahmad pada April 2017 namun berpisah pada 9 Julai 2020.
Mereka dikurniakan seornag anak lelaki iaitu Jebat Jayden yang kini berusia 6 tahun.
Nabila kembali mendirikan rumah tangga dengan Engku Emran pada 19 Mac 2021 dan mereka sah bercerai September tahun lalu. -Gempak
#Noor Nabila #Sharnaaz Ahmad #Jebat Jayden #Next to Neelofa
;