PELAKON Azhar Sulaiman telah mengundang perhatian ramai netizen lelaki apabila memuat naik gambar bersama anak bongsunya.

Azhar berkongsi foto dirinya bersama Kasih Iris Leona di laman Instagram (IG) baru-baru ini.

Apa yang menarik, segelintir pengikut lelaki telah bertindak nakal dengan meluahkan hasrat 'ingin memetik bunga di taman'.

"Assalamualaikum uncle... Kawan saya namanya sulaiman, saya berhasrat nak memetik bunga ditaman.. harap comment saya ni dibaca dan diteliti... sekian dari saya insan yang lemah," tulis seorang pengguna Instagram yang menggunakan nama @norfarhanfadzil.



Azhar turut 'sporting' melayan kerenah peminatnya dan membalas komen tersebut.

Rata-rata peminat turut memuji kecantikan anak perempuan Azhar yang baru berumur 16 tahun itu serta mengatakan yang Kasih adalah pelapis kepada pelakon Fazura.

"@yasminhani: soo cantik.

"@chung_aleena: punya cantik anak @azharsulaiman.



"@geeeeffff: Fazura dah boleh bersara. Pelapis baru ada dah ni.

"@kittycika_I800: Cantik betul... Tengok ibu dan ayahlah.

"@ferra11th: Your bongsu so syantik.

"@suhaimahseman71: Cantik nya.

"@sue_mohd_nor: Cantik sangat2.

"@qeesyarania: Cantiknya.


Sumber: Instagram Azhar