Netizen menitik air mata: Bella kongsi video saat lahirkan anaknya

Gempak
Ogos 19, 2017 18:21 MYT
Ramai netizen akui tersentuh dan menitiskan air mata kerana sebak apabila menonton Bella saat melahirkan bayi lelakinya itu pada 8 Julai lalu.
PENGIKUT laman sosial Instagram (IG) Bella Astilah rata-rata akui sebak dan tersentuh apabila menonton video yang dikongsi isteri Aliff Aziz ketika melahirkan putera sulungnya, Mohamad Ayden Adrean .
Bella menerusi kemaskini terbaharunya di IG telah memuat naik video yang menunjukkan momen terindah saat melahirkan bayinya di dalam bilik bersalin bersama Aliff.
Menerusi entri tersebut Bella bersyukur kerana dapat merasai pengalaman bermakna yang tidak mungkin dapat dilupakan itu.
Dengan itu, Bella berkata dia menghargai semua ibu-ibu di dunia terutama ibunya.
"Let me share this video with all of you my dear followers :')
The precious moment captured.
Despite being unprepared for labor, I am proud and grateful to be able to have experienced one of life’s unforgettable moments surrounded by my family.
Saya hargai semua ibu-ibu di dunia especially my mom Sebagai anak kita jaga perasaan ibu dan ayah kita, jagalah maruah mereka dgn hanya menjaga diri kita. #AnugerahAllahswt"
Ramai netizen akui tersentuh dan menitiskan air mata kerana sebak apabila menonton Bella saat melahirkan bayi lelakinya itu pada 8 Julai lalu.
Berikut antara komen-komen netizen tersebut:
@ciktuyu- Allah.. .menitik air mata saya.. .bukan senang nak melahirkan anak.sakit itu hanya kita merasai..bahagia melihat anak lepas dilahirkan..tak sabar nak merasai pengalaman itu lagi..aamiin
@shafikazainoladoi!! - dapat rasa macam nak keluar air mata bila permata hati pertama kita dilahirkan...
@jsd.fida- Best moment kan bella. Nangis sebab syukur selamat
@rsytkhrshdya - Allah , tak pasal-pasal air mata mengalir , bella tolongs doakan saya juga
@anna_marmalade -Ya Allah! Akak nangis!yes boleh rasa kebahagiaan yang tiada tandingan bila kita dah pegang pangkat seorang ibu! Hehe..btw anak kite sebaya, beza minggu je..
@mariamfaizal- Menangis saya tengok video ni, bella doakan saya cepat sembuh saya baru 3 hari lepas operate buang satu tiub sebab mengandung luar rahim @bellaastillah
#Aliff Aziz #anak #bayi #Bella #Mohamad Ayden Adrean
;