Netizen kurang senang Remy Ishak kongsi gambar bekas tunang
Gempak
Mac 25, 2019 14:00 MYT
Mac 25, 2019 14:00 MYT
PELAKON Remy Ishak telah memuat naik beberapa keping foto bekas tunangnya, Ezza Yusuf di akaun Instagram (IG) menerusi sebuah entri.
"Salam Jumaat..A wonderful, strong & incredible lady behind @2morrowofficial & @byri.skarf.
"Stay strong @ezzarl," tulis Remy.
Walau bagaimanapun, foto dan kapsyen tersebut telah mengundang rasa kurang senang hati oleh segelintir netizen.
"@azreena2312: Motif masa tunang dulu tak letak gambar, lepas putus baru letak?! #sistanyaje."
"@wanieliciouss: Kenapa pulak kau nak kena wish her stay strong? I cant brain this."
"@epy_nissa: Dah putus tunang barula nampak abg @remyishak post pic kak ezzarl. Takpa maybe takda jodoh."
"@amnah_abdul: This fine lady builds her own empire and independently supports herself.. She definitely does not need your approval to stay strong! You go girl!!! #womanforwoman."
"@ennieharun: Dah putus baru nak up gambar."
Namun, ada pengikut yang meninggalkan komen positif dan mempertahankan tindakan Remy.
Ada peminat mendoakan semoga suatu hari nanti Remy dan Ezza kembali bersama serta berharap agar mereka tabah menghadapi dugaan hidup.
Pada Rabu lalu, Remy mengesahkan ikatan pertunangan yang dibina pada Mei 2017 telah putus sejak sebulan yang lalu.
Persoalan tentang status pertunangan Remy akhirnya terjawab apabila aktor tersebut mengesahkan dirinya dan Ezza tidak mempunyai ikatan lagi sejak kira-kira sebulan yang lalu.
Remy bagaimanapun menegaskan perpisahan mereka bukan disebabkan kehadiran orang ketiga seperti didakwa sesetengah pihak sebelum ini.