Nelydia terpaksa tangguh kahwin
Sinar Harian
Januari 18, 2019 16:31 MYT
Januari 18, 2019 16:31 MYT
PELAKON cantik, Nelydia Senrose terpaksa menangguhkan majlis perkahwinannya dengan kekasih hati, Hafiz.
Menurut Nelydia, jadual padat dan persiapan untuk ke umrah antara faktor untuk menangguhkan dahulu perancangan menamatkan zaman solo.
"Ikut perancangan tu saya sepatutnya berkahwin tahun lalu, namun terpaksa ditangguhkan sebab jadual kerja padat.
"Hujung tahun lalu pula sibuk dengan persiapan nak ke umrah bersama keluarga.
"Saya terfikir... mungkin masanya belum sampai lagi. Sewaktu mengerjakan umrah saya berdoa semoga urusan perkahwinan saya dipermudahkan pada tahun ini," katanya sebagaimana dilaporkan Astro Gempak.
Bagaimanapun, sehingga hari ini masih tiada lagi butiran lanjut mengenai perkembangan perancangan majlis kahwin pelakon tersebut.
"Bila persiapan sudah 80 peratus baru saya berani untuk berkongsi ya.
"Sementara ini doakan agar semuanya dipermudahkan," katanya.