Neelofa sudah hamil?

Astro Awani
September 26, 2021 22:02 MYT
Selebriti Noor Neelofa Mohd Noor dan suaminya Muhammad Haris Mohd Ismail berbincang dengan pasukan peguamnya yang diketuai oleh Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah (kanan) ketika hadir di Mahkamah Majistret Seremban pada 24 Sept lalu. - fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Status kehamilan personaliti, Neelofa masih menjadi teka-teki peminat sehingga ke hari ini.
Pada 24 September lalu, ketika hadir ke Kompleks Mahkamah Seremban bagi sebutan semula kes pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) yang dihadapi beliau dan suami, Muhammad Haris Mohd Ismail, atau PU Riz, gelagat Neelofa yang kerap memegang bahagian perutnya mendapat perhatian ramai.
Malah fizikal bekas hos program Meletop itu juga diakui ramai seolah-olah sedang hamil.
Lebih menguatkan spekulasi apabila sumber terdekat dengan keluarganya juga tidak mengiyakan atau menafikan desas-desus itu. Malahan, jika benar spekulasi ini, Neelofa dan suami serta keluarga mereka dipercayai lebih selesa untuk tidak membuat apa-apa hebahan berhubung berita baik berkenaan.
BACA: Sama cantik, sama padan, Neelofa sah bergelar isteri PU Riz
Spekulasi kehamilan Neelofa atau nama penuhnya Noor Neelofa Mohd Noor, mula menjadi buah mulut peminat sejak dua bulan lalu, selepas beberapa kemunculannya mempromosi produk terbaharu jenama Naelofar menerusi sesi Instagram Live.
Neelofa dan Haris, seorang pendakwah bebas, mendirikan rumah tangga Mac lalu.
#Neelofa #Muhammad Haris Mohd Ismail #hamil #Naelofar
;