Neelofa 'mengadu' sakit tulang, mahukan tukang urut segera!
Astro Awani
April 22, 2019 06:47 MYT
April 22, 2019 06:47 MYT
KEHANGATAN Anugerah Meletop Era 2019 (AME2019) masih tidak pudar.
Terbaharu hos acara berkenaan Neelofa mendedahkan mengalami sakit tulang selepas mengadakan persembahan tarian pada malam yang berprestij itu.
Artis cantik kelahiran Pasir Mas itu malah memerlukan tukang urut segera, sejurus acara gilang-gemilang berkenaan selesai.
Keadaan bertambah 'serius' apabila Neelofa memuat naik status berkenaan di akaun Instagramnya.
Bagaimanapun, status itu dibuat dalam nada jenaka dan menerima reaksi positif ramai peminatnya yang menyatakan bahawa Neelofa berjaya memberikan persembahan terbaik.
Wanita berketurunan campuran Melayu, Arab dan Pakistan itu bergandingan dengan Nabil Ahmad dan Jihan Muse mengacarakan AME2019.
Trio hos berkenaan berjaya memukau penonton terutamanya semasa persembahan pembukaan yang memerlukan mereka semua menari bak penari profesional.
AME2019 juga,menghiburkan penonton dengan persembahan yang sangat mengimbau kenangan bersama Ratu Rock Negara, Ella melalui lagu Sepi Sekuntum Mawar Merah, PPP dan Layar Impian.
#AME2019
#Anugerah Meletop Era
#Astro Radio
#era
#Era Radio
#hiburan
#Malaysia Airlines
#Melayu
#Neelofa
#Pakistan
#Pasir Mas
#Radio Era
#wanita