Kita mungkin sering melihat wajahnya menghiasi program hiburan Meletop atau majalah-majalah fesyen tempatan.
Namun apabila ditanya mengenai lakonan, Noor Neelofa Mohd Noor atau lebih senang dipanggil Lofa mengatakan dia bakal kembali berlakon.
Malah, menurutnya dia akan cuba mengintai peluang untuk berlakon di negara jiran, Indonesia.
Selain itu, Lofa juga dikatakan bakal mengeluarkan terjemahan Al-Quran versi digital yang menggunakan suaranya sebagai suara latar.
Dia memaklumkan bahawa dia akan memulakan rakaman sebelum berangkat menunaikan ibadah haji bersama ibu dan dua orang adik lelakinya pada 4 Ogos ini.
Lofa juga menjangkakan akan menyempurnakan projeknya itu sebelum bulan Ramadan tahun hadapan.
Neelofa ditemui semasa pelancaran program Naura Shares edisi Haji yang berlangsung di mmCineplexes @ E-Curve, Damansara, Kuala Lumpur.
Selain Neelofa, turut hadir pada majlis tersebut ialah Atu Zero, Adam Corrie serta pasangan yang mencipta rekod apabila menjelah dari Malaysia ke Tanah Suci Mekah selama 15 bulan, iaitu Ahmad dan Adilah.
Naura Shares edisi Haji akan mula bersiaran pada 9 Ogos, jam 9 malam di saluran 125.
Asyraf Roslan
Sat Jul 20 2019

Neelofa ditemui semasa pelancaran program Naura Shares edisi Haji yang berlangsung di Cineplexs Ecurve, Damansara, Kuala Lumpur - Gambar Astro AWANI/Asyraf Roslan

KESUMA berusaha pastikan RUU wajibkan pekerja gig mencarum dilulus segera - Sim
Kementerian Sumber Manusia akan berusaha memastikan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig dilulus dan dilaksanakan secepat mungkin.
Ismail Sabri keluar dari SPRM, lima jam beri keterangan
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai memberi keterangan selepas lebih lima jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kes Zayn Rayyan: Pegawai penyiasat nafi diberi tekanan semasa siasatan
Seorang saksi pendakwaan kelima iaitu pegawai penyiasat kes kematian Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, menafikan beliau menerima tekanan daripada pihak atasan.

Intel Corp lantik Tan Lip Bu sebagai CEO, berpengalaman luas dalam industri cip
Intel Corporation telah melantik anak kelahiran Malaysia, Tan Lip Bu sebagai sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) berkuat kuasa 18 Mac depan.
Hamas sambut baik Trump tolak pemindahan rakyat Gaza
Hamas mengalu-alukan kenyataan Donald Trump yang menolak pemindahan rakyat Gaza. Rundingan antara Hamas dan AS turut berlangsung di Qatar, membincangkan isu tebusan dan gencatan senjata dengan Israel.

Presiden Syria tubuh Majlis Keselamatan Negara
Presiden Syria Ahmed al-Sharaa mengeluarkan dekri pada Rabu bagi penubuhan Majlis Keselamatan Negara untuk menyelaras dan mengurus dasar keselamatan serta politik negara, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Anak kelahiran Malaysia Lip-Bu Tan kini terajui Intel
Intel melantik Lip-Bu Tan, tokoh kelahiran Malaysia, sebagai CEO baharu ketika syarikat itu berdepan cabaran industri dan persaingan sengit.
[TERKINI] Ismail Sabri dalam proses beri keterangan
Siasatan terkait kes rasuah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih diteruskan dengan beliau diambil keterangan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
KTMB sedia tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur sempena Aidilfitri
Bagi memenuhi permintaan tinggi pengguna yang ingin pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidilfitri, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan empat perkhidmatan tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur.
Astro semarakkan Syawal dengan hiburan ‘Meriah Lain Macam’
Menyambut keistimewaan Syawal dengan caranya tersendiri, peneraju industri hiburan di Malaysia, Astro membawa kemeriahan tahun ini dengan sajian istimewa, menawarkan lebih daripada 160 kandungan Raya yang telah dirancang khas untuk seisi keluarga. Dari kandungan televisyen, sehingga ke platform digital dan radio, setiap satu dicipta dengan teliti untuk memeriahkan sambutan Aidilfitri dengan pelbagai warna. Semua kandungan istimewa ini boleh dinikmati tanpa henti secara on-the-go, bermula malam raya di Astro.

Insiden cubaan bunuh, lakonan Trump semata-mata, dakwa netizen
INSIDEN cubaan bunuh bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump heboh diperkatakan di media sosial.

Reen Rahim terpaksa tangguh hamil setahun - "Saya anggap tempoh bulan madu"
Pelakon Reen Rahim mengakui terpaksa menangguhkan perancangan memiliki anak pada tahun ini kerana berkorban demi kerjaya.

Dialog lakonan didakwa 'menghina' wanita, Maszlee mohon maaf
Maszlee Malik memohon maaf khususnya kepada golongan wanita susulan penggunaan dialog kasar dan tidak bersesuaian dalam siri drama Kudeta.

Video pembuli jalanan di Putatan hanya lakonan untuk raih tontonan - Polis
Dua video mengenai insiden pembuli jalanan yang tular menerusi media sosial yang berlaku di Jalan Putatan, Penampang semalam didapati hanya lakonan semata-mata.

'Saya gembira apabila dibenci' - Lee Yoo Mi tak kisah dikecam sebab Na Yeon
Perkara itu membuatkan dia lebih bersemangat untuk memberikan mutu lakonan yang lebih baik.

Tan Boon Heong teruja diterima dalam bidang lakonan
Selepas menjadi tetamu jemputan dalam rancangan Maharaja Lawak Mega, dia muncul dalam sebuah iklan bersama Siti Nurhaliza.

"Filem terakhirnya.." - BCL terharu filem lakonan Ashraf bakal ditayangkan tidak lama lagi
Bunga puji usaha dan pencapaian suaminya dalam filem J2: J Retribusi yang akan dilancarkan menerusi platform penstriman Disney Hotstar pada 1 Jun ini.

Al-Jufferi watak utama filem aksi
Juara dunia tiga kali itu sempat berkongsi pengalamannya membintangi sebuah karya filem silat Melayu.

Kisah hidup Cik B dalam single pertama 'Tolonglah'
Ujar remaja berusia 15 tahun ini, dia kini mula memberanikan diri keluar dari zon selesa kerana sebelum ini dia sangat pemalu dan kurang keyakinan diri.

Biduanita Saloma dirai Google melalui paparan doodle
Pemilihan tarikh tersebut juga bersempena penganugerahan Biduanita Negara pertama kepada beliau oleh kerajaan Malaysia pada ketika itu.