Neelofa berkawan dengan kerabat, peminat fanatik #LoFattah tak senang duduk

Madiha Abdullah
Februari 7, 2017 10:20 MYT
Ramai nampaknya masih belum 'move on' dengan gandingan mereka dalam Suri Hati Mr.Pilot.
SELEPAS pengakuan pelakon dan pengacara, Neelofa, tentang persahabatannya dengan seorang kerabat diraja, susur masa di semua laman sosial kembali dipenuhi dengan hashtag #lofattah.
Rata-rata peminat fanatik Neelofa dan Fattah Amin dilihat masih tidak boleh move on dan masih menyimpan harapan agar kedua-duanya bertemu jodoh.
Hakikatnya, kemunculan peminat fanatik pasangan ini tidak boleh dinafikan, sehingga akaun Instagram yang diwujudkan atas nama mereka sudah mengumpul lebih 100 ribu pengikut.
#ICYMI 23 Disember 2016: Neelofa mengaku hubungan dengan Fattah Amin dalam fasa 'sukar'
Demam 'LoFattah' mula melanda peminat selepas gandingan serasi Neelofa dan Fattah dalam drama bersiri Suri Hati Mr. Pilot mendapat perhatian.
'Kimia' yang berjaya dipaparkan mereka bukan sahaja membuatkan drama itu menjadi fenomena, malah menjadikan peminat mula dilimpahi angan-angan betapa indahnya jika keserasian itu dibawa ke alam realiti.
Namun apabila pemilik jenama tudung Naelofar itu mendedahkan persahabatan yang sedang dijalin dengan kerabat berkenaan, ramai yang mula patah hati.
Pemerhatian di laman sosial mendapati, ada yang sudah mula tidak senang duduk dan menuduh media sengaja memanipulasi kenyataan Neelofa.
Tidak kurang juga yang masih belum mahu putus harapan dan terus mendoakan pasangan ini berjodohan.
Namun dalam kalangan yang fanatik, masih ada yang rasional dan berpendapat bahawa minat kepada artis perlulah atas dasar bakat dan tidak keterlaluan sehingga ke tahap mengangankan sesuatu yang tidak pasti.
Tiga golongan penonton Suri Hati Mr.Pilot
Dalam pendedahan semalam, Neelofa mengakui kebenaran khabar angin hubungan dengan seorang kerabat, namun enggan mengulas lanjut mengenai status hubungan yang sedang terjalin.
#cinta #Fattah Amin #hubungan #kerabat #LoFattah #Neelofa
;