NCT di Malaysia: 'Walaupun tak nampak secara dekat, kita tetap teruja' - NCTzen

Isabelle Leong, Shaznina Rozman
Mac 12, 2019 23:44 MYT
Jeno, Jaemin dan Jisung membuat penampilan di acara 'K-Wave & Halal Show in Malaysia' yang bertempat di pusat beli-belah One Utama. - Astro AWANI/ ISABELLE LEONG
Belum sempat melupakan keterujaan konsert kumpulan BLACKPINK pada Februari lalu, kini peminat K-Pop disambut pula dengan kehadiran kumpulan NCT Dream.
NCTzen (nama fandom NCT) mengambil peluang ini untuk bertemu dengan idola mereka memandangkan Jeno, Jaemin dan Jisung membuat penampilan di acara 'K-Wave & Halal Show in Malaysia' yang bertempat di pusat beli-belah One Utama.
'K-Wave & Halal Show in Malaysia' adalah acara persahabatan hasil kerjasama antara Malaysia dan Korea Selatan di mana pelbagai program seperti pertunjukkan nyanyian oleh peminat K-Pop dan acara memasak serta pameran produk Korea.
Acara ini disambut dengan meriah sekali apabila NCTzen sanggup menunggu berjam-jam dari pagi untuk ketibaan kumpulan K-Pop kegemaran mereka.

The crowd is going crazy over K-Pop idols @NCTsmtown_DREAM Jeno, Jaemin and Jisung pic.twitter.com/7yf9UZOihd

— Isabelle Leong (@IsabelleAWANI) March 12, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

#NCTzen would want to watch this fan sign event I know its quite a distance, but trust me on this @NCTsmtown_DREAM pic.twitter.com/0FUNI54ApZ

— Isabelle Leong (@IsabelleAWANI) March 12, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ramai yang tidak dapat mengawal keterujaan mereka dengan berkumpul beramai-ramai dan menyorak dengan kuat sekali untuk menyambut ketibaan kumpulan tersebut.
Kru Astro AWANI sempat bertemu dengan beberapa pengunjung dan NCTzen dan rata-rata mengatakan kegembiraaan mereka untuk bertemu dengan idola mereka buat julung kalinya di Malaysia.
"Saya nampak idola saya dari tingkat pertama tetapi peminat lain dapat nampak dari jarak yang lebih dekat.
"Walaupun tidak nampak dekat-dekat tetapi saya tidak dapat menggambarkan perasaan saya, memang teruja," kata pelajar, Aina Alyssa Zainurin.
Seorang lagi pelajar, Muhammad Izwan Zainal memuji acara yang diadakan itu kerana mampu memupuk kerjasama antara dua negara.
“Saya sangat teruja kerana bukan sahaja idola saya, NCT Dream datang ke Malaysia malah Presiden Korea Selatan, Moon Jae-In turut turun padang sekali untuk merasmikan upacara ini.

South Korean president, Moon Jae In and First Lady, Kim Jung-sook have arrived at the event. @NCTsmtown_DREAM trio did not miss the opportunity to take a cheeky selfie with them pic.twitter.com/IB9czjtBMK

— Isabelle Leong (@IsabelleAWANI) March 12, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

South Korean President Moon Jae In said the collaboration between two nations especially in the K-wave and halal markets has huge potential benefits. The K-wave drives Malaysians to know Korea and to bring the two nations closer pic.twitter.com/ikqVMkL9Bb

— Isabelle Leong (@IsabelleAWANI) March 12, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Program ini juga dapat memupuk kerjasama antara dua buah negara," kata Muhammad Izwan.
Turut hadir bagi memeriahkan lagi upacara tersebut ialah penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza serta pelakon terkenal Korea Selatan, Ha Ji Won dan Lee Sung Kyung.
#Aina Alyssa Zainurin #K-Wave & Halal Show in Malaysia #Malaysia dan Korea Selatan #Moon Jae-in #Muhammad Izwan Zainal #NCT Dream #NCTzen #One Utama #Presiden Korea Selatan #Siti Nurhaliza
;