Natasha Hudson sambut Aidiladha bersama pelarian Syria
Gempak
Ogos 16, 2018 05:54 MYT
Ogos 16, 2018 05:54 MYT
SELEBRITI popular, Natasha Hudson bakal meraikan Aidiladha bersama pelarian Syria di Mafraq, Jordan kali ini.
Bekas pelakon yang sudah berniqab ini memberitahu dia memulakan misi kemanusiaan bersama badan sukarelawan Amal Hope ke sana.
Akuinya, dia juga mempunyai perasaan berdebar untuk ke sana dalam misi membantu pelarian Syria.
"Berdebar okay. Sambut eid ul Adha kali ni dengan pelarian Syria di Sana dan menunaikan janji dan amanah dan qurban untuk anda sekalian," katanya menerusi status di Instagramnya, @natashahudsonofficial, pada Rabu.
Dalam status yang sama, Natasha juga mengucapkan terima kasih kepada mereka yang menderma dan menyumbang pada misi kemanusiaan itu.
"Saya sayang anda semua. Semoga Allah murah rezeki anda. Doakan kami selamat pergi dan pulang," katanya.
#Aidiladha
#Instagram
#Jordan
#Mafraq
#misi kemanusiaan
#Natasha Hudson
#niqab
#pelakon
#pelarian
#selebriti
#Syria