Nasihat David Teo untuk Iqram Dinzly

Sinar Harian
Disember 30, 2017 14:35 MYT
David berharap agar Iqram kembali seperti dulu sekali gus mewarnai semula industri hiburan.
PENERBIT filem, Mejar (K) Datuk David Teo turut terkesan dengan kontroversi perlakuan pelik oleh Iqram Dinzly di laman sosial.
Malah, Ketua Pegawai Eksekutif Metrowealth (MIG) itu turut memberi nasihat ikhlas buat aktor berusia 36 tahun itu melalui laman Instagramnya (IG), hari ini.
"Pertama kali saya ingin mengucapkan takziah kepada Iqram atas pemergian arwah ayah tercinta.
"Namun hidup perlu diteruskan. Setiap yang hidup pasti kembali. Kita perlu reda dengan ketentuan Tuhan. Semuanya sudah tertulis.
"Yang hidup hanya perlu mendoakan mereka yang sudah tiada semoga rohnya dicucuri rahmat," tulisnya.
BACA: Surat terbuka Mufti Wilayah Persekutuan buat Iqram Dinzly
BACA: 'Jangan maki Iqram, sebaliknya doakan dia' - Zulin Aziz
Pada masa sama, David berharap agar Iqram kembali seperti dulu sekali gus mewarnai semula industri hiburan.
"Hidup perlu diteruskan. Jangan musnahkan bakat dan cita-cita yang ada kerana tekanan perasaan. Kembali kepada pencinta.
"MIG sentiasa mendoakan Iqram sentiasa beristiqamah di jalan yang diredai olehNYA. Semoga tuhan merahmati Iqram Dinzly," katanya sambil meninggalkan #setiapmasabernilai #kitaok
BACA: "Biarlah apa orang cakap, kita tak mampu tutup mulut mereka" - Ibu Iqram Dinzly
BACA: Iqram tolak pelawaan Mufti Wilayah tapi...
Sebelum ini, kelakuan Iqram turut mendapat perhatian daripada beberapa penggiat seni seperti Erma Fatima dan Zulin Aziz termasuklah Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
#David Teo #hiburan #Iqram Dinzly #media sosial #MIG #pelakon #pelik
;