Nasib Badang! Modal RM2.2 juta, kutipan hanya RM74,148.67

Astro Awani
Mac 3, 2018 06:33 MYT
Semenjak ditayangkan kepada umum pada 15 Februari lalu, filem yang menampilkan jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri sebagai teraju utama ini telah dikecam hebat netizen.
BADANG mungkin hebat daripada segi promosi namun realitinya ia bukan pilihan kaki wayang.
Selepas 14 hari ditayangkan, filem adiwira arahan Datuk A. Razak Mohaideen itu menamatkan tayangannya dengan jumlah kutipan sebanyak RM74,148.67. Jumlah kutipan itu berdasarkan sumber laman web Finas.
Kutipan ini sekali gus memadam harapan penerbitnya, FiTA Studio Sdn Bhd untuk melakar rekod pecah panggung bagi filem ini.
Tidak sekadar itu, menurut Internet Movie Database (IMDB), Badang telah menerima penilaian yang sangat rendah iaitu 1/10. Malah dikatakan kurang daripada 10 peratus penonton yang dikesan menyukai filem ini.
BACA: 'Badang' dikecam, Aliff suruh anak berambus sampai teresak-esak
BACA: Dulu tak ada orang kecam pun - isteri Aliff Syukri
BACA: "Macam saya ni kayu, hina sangat" - Aliff Syukri
Semenjak ditayangkan pada 15 Februari lalu, filem yang menampilkan jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri sebagai teraju utama ini dikecam hebat netizen yang rata-ratanya menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap kualiti filem ini.
Selain Aliff Syukri, filem ini turut menampilkan barisan pelakon seperti Fasha Sandha, Fauzi Nawawi, Aminah Rhapor dan lain-lain.
#A Razak Mohaideen #Aliff Syukri #Badang #filem #FINAS
;