Naomi Watts hampir lemas ketika penggambaran

Astro Awani
Januari 18, 2013 21:08 MYT
Filem "The Impossible" mendapat sambutan baik penonton sebaik saja ditayangkan.
Namun, ada cerita di sebaliknya yang mana aktres, Naomi Watts hampir maut ketika penggambaran filem tersebut.
Watts mula fobia dengan air laut kerana dia pernah lemas sewaktu berenang di perairan Australia beberapa tahun lalu.
Kejadian berulang ketika penggambaran "The Impossible" disebabkan kesilapan teknikal.
Dalam babak itu, Watts diikat pada kerusi dan ketika berendam dalam air, kerusi itu tiba-tiba berpusing serta menariknya ke dalam air.
Watts tidak dapat keluar hingga hampir kehilangan nafas sementara kru pula tidak menjumpai suis untuk memadamkannya.
Aktres berusia 44 tahun ini menyifatkan cabaran utamanya ialah dari segi fizikal selain bermain dengan emosi dan psikologi.
"The Impossible" membuka tayangan di Malaysia pada 17 Januari.
#lemas #Naomi Watts #The Impossible
;