Nana Mahzan bangga jadi peserta pertama tersingkir di Super Spontan All Stars

Gempak
September 11, 2015 04:00 MYT
Anggota kumpulan Kungfu Kipidap, Nana Mahzan menjadi mangsa pertama penyingkiran Super Spontan All Stars selepas kumpulannya tewas malam tadi. - Gambar Astro GEMPAK
Anggota kumpulan Kungfu Kipidap, Nana Mahzan menjadi mangsa pertama penyingkiran Super Spontan All Stars selepas kumpulannya tewas malam tadi.

Beraksi di minggu ketiga, kumpulan Kungfu Kipidap yang diketuai Johan tewas dari segi undian SMS kepada Silat Dongibab yang diketuai Zizan Razak.

Meskipun menjadi peserta pertama tersingkir, Nana yang juga pengacara Diari #AF2015 memberitahu dia merasa bangga dengan percapaiannya itu yang dapat bertahan hingga minggu ketiga.

Katanya, berada dalam Super Spontan All Stars membolehkannya mencabar diri melakukan sesuatu yang tidak biasa dilakukannya sebelum ini iaitu melawak bersama pelawak-pelawak handalan lain.

Justeru, dia bangga kerana merasakan dirinya sudah melakukan yang terbaik untuk menghiburkan penonton walaupun pada asalnya dia tahu dirinya tidak akan bertahan lama dalam Super Spontan All Stars ini.

Penyingkiran Nana ini menyaksikan Kungfu Kipidap tinggal lagi 6 peserta untuk beraksi minggu hadapan iaitu Johan, Uqasha Senrose, Shahrol Shiro, Rahim, Tauke dan Abam.

Super Spontan All Stars minggu ketiga diteruskan dengan persaingan hebat antara Silat Dongibab dan Kungfu Kipidap dengan lima lagi aksi permainan dilakukan.

Permainan untuk malam ini ialah Duduk Berdiri Bongkok, Suara Sentap, Jangan Banyak Cakap, Ciptaan dan Direktor Tak Siuman.

Dihoskan oleh Datuk AC Mizal, program ini turut menyaksikan Ray dan Haniff beraksi sebagai pengulas manakala Afdlin Shauki tidak dapat hadir atas masalah kesihatan.

#Abam #AC Mizal #johan #Nana Mahzan #Shahrul Shiro #Super Spontan All Stars #tauke #Zizan Razak
;