Namawee cetus kontroversi baru dalam video YouTube

Azyyati Ahmad
Ogos 3, 2013 21:14 MYT
Rabu lalu, pengarah filem Nasi Lemak 2.0, Namewee menghasilkan video YouTube terbarunya dalam saluran YouTubenya meluahkan perasaan ketidakpuasan hatinya .
Sekali lagi, video tersebut mencetuskan kontroversi dan menjadi trending apabila dia mempertikaikan situasi pilih kasih yang berlaku sejak akhir-akhir ini.
Video yang berdurasi 5 minit 23 saat seolah-olah ditujukan kepada Kementerian Komunikasi dan Multimedia yang diterajui oleh Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan juga Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Namewee turut menyelar tindakan kerajaan menggantung tayangan filem The New Village seperti yang diumumkan oleh Dr Ahmad Zahid untuk dinilai semula oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) tetapi meluluskan filem Tanda Putera arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba.
#Namewee #nasi lemak 2.0 #YouTube
;