"Nak pesan lagi, dah tak larat nak jawab" - Nourul Wahab bengang
Gempak
Oktober 23, 2018 18:00 MYT
Oktober 23, 2018 18:00 MYT
PENYANYI Nourul Wahab bengang apabila terdapat segelintir peminat yang menyuruhnya menyertai pertandingan nyanyian berulang kali.
Perkongsian tersebut dimuat naik menerusi sebuah video di akaun Instagram (IG) miliknya.
Menurut Nuorul, dia faham betapa peminat meminati dan menyokong dirinya sebagai penyanyi.
Nuorul juga mengakui dia belum di tahap seorang yang hebat serta masih belajar, justeru dia tidak mampu untuk memenuhi permintaan dan kemahuan peminat.
Nuorul menegaskan dia tidak ingin memasuki pertandingan kerana tidak mahu menjadi artis bermusim.
Nuorul menjelaskan buat masa ini dia hanya memenuhi jemputan persembahan pentas yang diundang syarikat tempatan dan antarabangsa serta melakukan aktiviti amal.
Nuorul berharap peminat akan memberi sokongan kepada persembahannya yang akan diadakan selepas dia bersalin.
Rata-rata peminatnya menyokong kenyataan tersebut serta menginginkan Nuorul kekal sepanjang zaman.
Nuorul atau nama sebenarnya Noorulhuda Abdul Wahab mula aktif di industri hiburan pada tahun 1995 dan berjaya mengekalkan popularitinya sehingga kini.