Nak kenal tapi malu - Yuna kongsi detik pertama bertemu Adam
Gempak
Ogos 11, 2017 12:00 MYT
Ogos 11, 2017 12:00 MYT
PENYANYI Yuna berkongsi kisah pertemuan pertama bersama tunangnya, Adam Sinclair.
Menerusi akaun Instagramnya, Yuna memberitahu dia mengimbas kembali detik tersebut sempena ulang tahun Adam yang ke-32 semalam.
Kata Yuna, perasaan ingin mengenali Adam timbul apabila kali pertama bertemu jejaka itu namun malu untuk memulakan langkahnya.