Nak jadi artis? Walaupun kayu, cubalah - Noorkhiriah

Sinar Harian
Ogos 23, 2018 18:56 MYT
Noorkhiriah menjawab pertanyaan peminat melalui aplikasi Ask Me Question. -Foto Sinar Harian

AKTRES Noorkhiriah berkongsi tip kepada mereka yang mahu menjadi artis menerusi Instagram miliknya, semalam.

Dalam perkongsian itu, Noorkhiriah Ahmad Shapie atau lebih dikenali Noorkhiriah, telah menjawab pertanyaan mereka melalui satu aplikasi yang dinamakan Ask Me Question.

"Nak jadi artis? tips? okay... kalau rasa cantik, kacak, lawa, walaupun kayu, walaupun ke laut, cubalah pergi ujibakat, yang penting cantik boleh jual.

"Selepas itu, masa ada job seronoklah, masa tak ada job, kuyup," ujarnya.

#aktres genit #Ask Me Question #Instagram #Noorkhiriah #Noorkhiriah Ahmad Shapie #tip jadi artis
;