Nak berbelanja tapi bajet 'ciput', tonton Oh My Budget di Astro Gempak

Gempak
Januari 19, 2016 10:13 MYT
Astro Gempak membawakan kepada anda Oh My Budget ke laman web mereka untuk dijadikan panduan berbelanja. - Foto Astro Gempak
JIKA pernah menonton Oh My Budget yang dihoskan oleh Shahrol dan Ajak Shiro di Astro Ria, anda pasti sudah tahu objektif program ini.
Ya! Tepat sekali! Oh My Budget merupakan sebuah program yang berkongsi tips berbelanja dan mengurus kewangan dengan cara berhemah.
Lebih-lebih lagi sekarang ni, taraf hidup semakin meningkat. Kenaikan harga barang dan petrol tidak menentu, ditambah lagi dengan cukai GST yang dikenakan, sedikit sebanyak sebagai pengguna terasa juga bebanannya kan.
Tapi jangan risau...Sebab itulah Astro Gempak bawakan kepada anda Oh My Budget ke laman web kami untuk dijadikan panduan.
Oh My Budget di Astro Gempak menampilkan Elly Ariffin sebagai hos yang akan membawa anda ke beberapa lokasi seperti restoran, tempat membeli belah dan tempat beriadah yang menawarkan harga berpatutan.
Jika anda peminat penkek dan pasta, tetapi tidak tahu di mana lokasi untuk mendapatkan kedua-duanya dengan harga murah tetapi sedap? Saksikan episod pertama di link ini: AstroGempak/OhMyBudget

Anda pasti tidak menyesal sebab lepas ni dah boleh pergi ke tempat makan penkek dan pasta bawah RM10! Mana nak dapat?

Selain itu anda juga boleh ikut Elly ke lokasi membeli belah paling bajet dan berbaloi-baloi untuk shopping tau!
Dan dalam episod ketiga yang disiarkan hari ini, Elly bawa pula anda makan-makan nasi kandar sempoi tapi...harga bajet!

Tunggu apa lagi...saksikan Oh My Budget, pasti tak menyesal!

Saksikan video di bawah, Astro Gempak tak bohong...Memang ada tempat-tempat bajet yang sesuai untuk kita berbelanja tau! Buat apa nak keluar duit banyak-banyak kalau dapat yang berkualiti 'lima bintang' tetapi harga murah?

#Astro Gempak #Oh My Budget