Nafi bermasam muka, Neelofa enggan ulas lanjut status hubungan dengan Fattah Amin

Gempak
Januari 26, 2017 23:01 MYT
Neelofa menafikan dirinya bermasam muka dengan Fattah Amin. - Gambar Astro GEMPAK
Pelakon dan pengacara Neelofa menafikan dirinya bermasam muka dengan aktor Fattah Amin.
"Hubungan kami baik-baik sahaja. Saya tidak bergaduh dengan Fattah, kami tidak bermasam muka.
"Namun begitu, saya tidak mahu mengklasifikasikan hubungan kami. Kami tidak berkawan mesra, berkawan rapat atau sebagainya.
"Cukup orang tahu kami masih berkawan dan tidak bermasam muka. Kami berada dalam industri yang sama, jadi apa gunanya bergaduh," kata Neelofa kepada Astro Gempak.
Tambah Neelofa, tidak adil bagi dirinya dan Fattah apabila ada yang mendakwa mereka memberi harapan palsu kepada peminat di luar sana.
"Saya sendiri rasakan tak adil kepada saya dan Fattah apabila ada segelintir pihak salah faham dengan hubungan kami dan mendakwa kami memberikan harapan.
"Saya sendiri tak boleh mengawal apa yang orang mahu fikirkan mengenai hubungan kami. Jadi, perkara itu tidak harus dipanjangkan," katanya ketika ditemui di majlis pelancaran wangian Scha Alyahya dan Awal Ashaari.
Di majlis tersebut, pasangan selebriti itu melancarkan wangian #BleuByAwal dan #MaroonByScha yang boleh didapati dengan harga RM55 setiap satu. Layari akaun Instagram @schaxawal untuk mendapatkan informarsi lanjut mengenai wangian tersebut.
#Awal Ashaari #BleuByAwal #Fattah Amin #Neelofa #Scha Alyahya
;