Nadunisi KL, siri antologi selak kehidupan ibu kota bakal ditayangkan mulai 5 Februari

Umavathi Ramayah
Januari 26, 2022 19:54 MYT
Filem arahan Azizan Abdul Rahim menggabungkan lakonan artis-artis yang berbeza dalam setiap naskah siri Nadunisi KL. - Gambar Nadunisi KL
KUALA LUMPUR: Menyelak kehidupan di ibu kota Kuala Lumpur, siri antologi Tamil, Nadunisi KL pastinya akan menggamit memori para penonton.
Sesuai dengan tajuk antologi itu, nadunisi yang membawa maksud malam, siri arahan Azizan Abdul Rahim itu mengisahkan kehidupan malam di sebalik kesibukan kota metropolitan Kuala Lumpur menerusi 13 episod.
Siri antologi itu mengabungkan pelbagai genre, seolah-olah menonton 13 filem yang berbeza namun apa yang menarik, drama bersiri itu mempunyai plot persilangan menerusi watak yang mewujudkan pautan antara satu siri dengan siri yang lain.
Yang pasti lakonan artis-artis yang berbeza dalam setiap naskah siri itu turut memberi nilai tambah dan kelainan kepada drama arahan bekas pelajar jurusan Komunikasi, Universiti Sains Malaysia (USM) yang digabungkan dengan iringan dialog Jayanandagobee Arumugam.
Antara barisan pelakon yang membintangi drama itu adalah Magendran Raman, Denes Kumar, C. Kumaresan, Thevaguru Suppiah dan Yasmin Nadiah.
Jadi jangan lepaskan peluang menonton Nadunisi KL yang bakal ditayangkan menerusi saluran 231 Astro Vinmeen (HD) mulai 5 Februari depan.
#Nadunisi KL #Azizan Abdul Rahim #Astro Vinmeen #saluran 231
;