Nadiya: Wajar letak harga setaraf kualiti

Astro Awani
Februari 7, 2013 17:49 MYT
Nadiya Nissa percaya kejayaan seseorang pelakon meraih anugerah sama seperti kenaikan pangkat.
Justeru, mereka wajar meletakkan harga setaraf kualiti yang diberikan.
Nadiya menyifatkan tidak salah jika pelakon menaikkan sedikit harga atas jaminan mutu yang bakal diberikan.
Terkenal menerusi filem "Cun" dan siri "Adam dan Hawa" dia menang trofi Pelakon Harapan Wanita "Festival Filem Malaysia" yang lalu.
Nadiya juga tidak menafikan selain anugerah, populariti di media massa juga memainkan peranan.
Nadiya sedang menjalani penggambaran filem terbaru arahan Kabir Bhatia, "Gila Baby".
#Gila Baby #letak harga #Nadiya Nissa #raih anugerah
;