Nabil tunggu Ramli MS 2 jam untuk rasa masakannya

Gempak
Julai 6, 2016 16:16 MYT
Hos program MeleTop, Nabil Ahmad terpaksa menunggu Datuk Ramli MS selama dua jam untuk merasa masakannya.
Hos program MeleTop, Nabil Ahmad terpaksa menunggu Datuk Ramli MS selama dua jam untuk merasa masakannya.

Semuanya gara-gara juri tetap Gegarvaganza itu tidak kunjung tiba ke rumah Nabil untuk merasa juadah Hari Raya yang dimasak pelawak tersebut menerusi episod istimewa, Masaklah Kau Raya.

Untuk episod istimewa ini, Nabil telah diberikan tiga bahan iaitu santan, cili padi dan ayam yang telah siap dipotong.

Pada mulanya, Nabil bercadang untuk menyediakan Masak Lemak Cili Api, namun terpaksa ditukar kerana tidak sesuai dengan mood raya.

Nabil akhirnya mengambil keputusan untuk memasak Rendang Ayam Cili Padi Pedas Linggi Mak Den.

Insiden lucu berlaku apabila Nabil tidak pandai menghidupkan api dapur elektrik, dan terpaksa memanggil isterinya Zira untuk membantu.

Bagaimanapun, Nabil tidak mengetahui tetamu misterinya adalah Ramli.

Apa agaknya yang dilakukan Nabil sementara menunggu ketibaan tetamu misteri ke rumahnya?

Dan apa pula reaksinya selepas mengetahui Ramli merupakan tetamu yang bakal merasa air tangannya?

Jangan lupa saksikan Masaklah Kau Raya hari ini jam jam 9.30 di Astro Prima (108) dan Maya HD (132) yang dihoskan oleh Faizal Ismail.

Sebelum itu, Muat naik Suudu App di App Store dan Google Play untuk mendapatkan resepi terkini untuk juadah berbuka puasa mahupun sahur.

Anda juga boleh mendapatkan pelbagai kandungan masakan di dalam Suudu Instagram/ suuduasia serta Suudu Facebook/OfficialSuudu.

#GegarVaganza #Hos program MeleTop #Masaklah Kau Raya #Nabil Ahmad #Ramli MS
;