Muzium khas abadikan kehidupan Yasmin Ahmad dibuka di Ipoh

Muzaffar Mustapa
November 15, 2014 14:45 MYT
Bergelar Yasmin At Kong Heng, muzium itu dibina di atas tapak milik Old Block Sdn Bhd yang mendedikasikan ruang satu tingkat untuk pameran.
Muzium khas bagi meraikan kehidupan pengarah filem terkenal Yasmin Ahmad dirasmikan hari ini.
Bergelar Yasmin At Kong Heng, muzium itu dibina di atas tapak milik Old Block Sdn Bhd yang mendedikasikan ruang satu tingkat untuk pameran.
Pelakon Sharifah Amani yang mendapat jolokan anak emas dalam filem-filem Yasmin diberikan keistimewaan untuk merasmikan pelancaran muzium tersebut.

Pelakon Sharifah Amani beri ucapan dan sekaligus merasmikan #YasminAtKongHeng @501Awani pic.twitter.com/vXKX9McwPq

— Muzaffar Mustapa (@sultanmuzaffar) November 15, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Menurut Amani, pembinaan muzium ini seakan meneruskan legasi yang ditinggalkan oleh Yasmin.
"Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Ipoh menjadi begitu bermakna kerana muzium ini terletak di bandaraya yang sering menjadi pilihan untuk penggambaran setiap filem Mak.

Sharifah Amani berlatar antara foto dan barangan peribadi yang dipamerkan di #YasminAtKongHeng @501Awani pic.twitter.com/jHwFJXlsr4

— Muzaffar Mustapa (@sultanmuzaffar) November 15, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Melalui Masjid Negeri Ipoh, lokasi penggambaran filem Muallaf mengimbau kenangan yang pernah kita lalui bersama. Masih terdengar gelak, tawa Mak.

Masjid Ipoh yang menjadi lokasi penggambaran filem Muallaf & Talentime. #YasminAtKongHeng @501Awani pic.twitter.com/6iLEOt0tIq

— Muzaffar Mustapa (@sultanmuzaffar) November 15, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Hotel yang menjadi pilihan penginapan Majestic Station Hotel di Stesen Keretapi Ipoh juga telah ditutup. Semacam satu closure buat kami.

Majestic Station Hotel & Cafe, hotel yang sentiasa jadi pilihan Yasmin sewaktu shooting di Ipoh. #YasminAtKongHeng pic.twitter.com/1CDssXReL5

— Muzaffar Mustapa (@sultanmuzaffar) November 15, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sementara itu, bagi Ng Sek San, pemilik dan arkitek bangunan itu berkata, pelbagai perancangan turut dirangka sebagai pelan jangka panjang muzium ini.

#YasminAtKongHeng pic.twitter.com/hi6JN8NGe3

— Muzaffar Mustapa (@sultanmuzaffar) November 15, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Ini hanyalah permulaan, muzium ini pasti akan diperhebatkan lagi dengan pelbagai pameran termasuk augmented reality yang akan menjadikan pengalaman lebih berbeza apabila berkunjung ke sini."
Turut hadir ke acara tersebut ialah keluarga Yasmin antaranya ibu bapa Pak Atan dan Mak Inom serta adik Orked Ahmad.
Orked sewaktu diwawancara merasakan kehadiran Yasmin di muzium tersebut.
"Inilah perkara kecil yang termampu kami lakukan untuk Kak Min. Dengan bantuan kawan-kawan dan dermawan, muzium ini terbina.

Turut diperdengarkan lagu khas ciptaan Kieran Kuek #YasminAtKongHeng @501Awani pic.twitter.com/38d0pLBnN1

— Muzaffar Mustapa (@sultanmuzaffar) November 15, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Turut hadir ke #YasminAtKongHeng ialah pelakon filem Sepet, Ng Choo Seong. Pertemuan semula Jason & Orked @501Awani pic.twitter.com/5kyrthb2JW

— Muzaffar Mustapa (@sultanmuzaffar) November 15, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Pelbagai foto yang ada di sini merupakan sumbangan dari orang-perseorangan yang pernah membuat pameran tentang Yasmin di Hong Kong. Kami masih mengharapkan sumbangan orang ramai untuk mempergiatkan lagi muzium ini. InsyaAllah."

Ruang pejabat Yasmin Ahmad mengimbau kenangan bagi teman-teman yang sentiasa mengunjunginya di Leo Burnett @501Awani pic.twitter.com/qfA9gLVFRR

— Muzaffar Mustapa (@sultanmuzaffar) November 15, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Muzium Yasmin At Kong Heng terletak di Old Block Apartments, Jalan Sultan Yussuf, Ipoh.
#Ipoh #Kong Heng #muzium #Yasmin Ahmad
;